Wednesday, September 26, 2012

puding pelangi

"everybody wants happiness
nobody wants pain 
but you cant have a rainbow 
without a little rain"


assalamualaikum dan hi!!
post untuk harini adalah puding pelangi! actually da lama da buat puding ni, baru nak post, sbb bosan sangat kat rumahhh!!! tak keje ke?? tak, keje malam, so bile boring2 ni, berbelog laaa kejap, walaupn xde org nak baca.. adeh ;|
xpe laa, at least leh buat rujukan untuk diri sendiri.. hek hek hek.. =)

so resepi ni aja amik dari myresepi. resepi dari kak rima.. heee.. tq kak alma ;)

puding pelangi

resepi by; kak alma (myrespi) alma@myresipi.com

bahan-bahan

  • 10g serbuk agar-agar (boleh guna agar-agar tali jugak)
  • 650ml air
  • 180gm gula pasir (saya kurangkn kuantiti gula - blh smpai 160g utk yg versi kurang manis lagi)
  • 60g mentega
  • 1 biji telur 
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 sudu makan tepung custard 
  • 1 sudu makan serbuk koko 
  • 1/2 sudu teh vanilla

cara-cara

  • masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan
  • pukul telur sebentar menggunakan whisker, kemudian masukkan susu dan tepung custard dan kacau hingga rata, kemudian ditapis
  • setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau sehingga rata. pastu tutupkan api.
  • Then bubuh koko (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata , adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 leh letak kuning dan merah.
  • Sengetkan loyang/pe2 bekas puding sedikit (yg Alma gunakan bekas square 7x7in) - i.e. biar satu hujung tu tinggi (lapik/alaskan dgn pe2 utk tinggikan).
  • Mula2 tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang/bekas (dihujung yg paling rendah tu ler), kemudian satu senduk makan adunan warna kuning dan las skali satu senduk adunan warna coklat. Ulang buat cam ni sampai semua adunan habis
  • Bila dah siap, letakkan semula loyang/bekas ke kedudukan asalnya. Then, masukkan ke dalam petisejuk, bila dah keras leh ler ngappp 
p/s; kak alma guna 160gm gula, aja kurangkan lg hingga 150gm. sbb manis siket.. papepun, its up to u. nak manis ke, nak kurang manis ke. tp hingat!!! kurangkan manis dalam makanan, tingkatkan manis dalam senyuman.. =)

so taraaannnggg!!!! ni puding pelangi hajar ibrahim's style! =0


so, sampai disini saja!! kbye.. =p

Sunday, September 16, 2012

fluffy caramel cake =)

hey hi uolls..
pada suatu hari, kat tempat keje, bile xde patient, sy and the gang (of course ladies)  ade laa belek2 resepi kat blog kak ita masam manis. fuhh... seni photography sngat cantik, gaya penulisan sngat sempoi.. tapi yang paling best, setiap resepi yang di "share"kan sngat laaa ikhlas. terima kasih kak ita!

memula tu niat nak buat opera cake, tp, masyaALLAH... leceh jgk cake opera ni. nak buat jugak one day, tp ta tau bile.. hadeh.. ;(
belek dan belek lg, tarangggg!!! jumpe resepi caramel cake!
menurut kak ita, kek ni sngat sedapp!! dan kak ita da tabalkan kek ni raja sgala kek uollss..hohho.. sedap sngat ke?? memandangkan aja ni bkn cake lover, aja buat cake ni sbb nampak cantik dan senang je.. hahhaha.

nak dijadikan cerita, kat tempat aja keje tu, diorang nak buat potluck. then, aja pn berkobar2 nak buat cake ni, tp menakutkan jgk, sbb ada kawan cakap, kek ni susah nak jadik.. tingg!! adeh.. so, aja buat laaa backup. plan B! buat kek red velvet and caramel cake! kalau kek caramel ta jadik, tayah bawa g tempat keje,.. muahhahahha



caramel cake 

resepi; kak ita masam manis

A (bahan-bahan karemel)

1/2 tin susu cair 
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

2 sudu besar gula

cara-cara

sediakan loyang saiz 8inci, taburkan gula diatas loyang, hanguskan dengan api yang perlahan. biarkan gula hancur dan bertukar menjadi perang, dan ratakan di permukaan loyang. ketepikan.
-kacau susu dan gula sehingga larut, 
-kacau telur kuning dengan asen vanila di dalam bekas yang berlainan (kacau perlahan je)
-satukan kedua2 bahan dan kacau dengan perlahan
-tapiskan adunan kedalam loyang gula hangus tadi
-ketepikan

B (bahan-bahan kek-part 1)

70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air 
45ml minyak masak

Cara-cara

-pukul kuning telur + air + minyak (aja guna minyak jagung) sehingga gebu dan bertukar warna putih.
-masukkan gula, pukul sehingga naik sekali ganda.
-ketepikan

B (bahan-bahan kek-part 2)

140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Cara-cara

-ayakkan tepung gandum dan baking powder.

Bahan-bahan B (part 1 dan part 2) di satukan

-masukkan bahan B(part 2) kedalam part 1. 
-masukkan sedikit demi sedikit.
-kacau bahan2 secara kaup balik
-kacau sehingga sebati
-ketepikan

C (bahan kek)

6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2

Cara-cara

-pukul putih telor sehingga berbuih
-masukkan gula dan krim of tartar, pukul lagi sehingga adunan menjadi kaku. (kalau tebalikkan mangkuk adunan atas kepala, adunan tak jatuh) =)

satukan bahan C dan bahan B

-masukkan 1/3 bahan C kedalam B
-gaulkan secara kaup balik
-satukan kesemua bahan-bahan
-gaulkan sehingga sempurna =)

panaskan oven 170c menggunakan api bawah

bahagikan adunan kepada 3 bahagian (pastikan kesemua adunan sama banyak) 

warnakan setiap adunan dengan warna kegemaran anda =)

masukkan adunan kek kedalam adunan karemel td. 
(jgn risau, adunan kek tak akan tenggelam kedalam adunan karemel)

DIYkan kek anda!! =)
tuangkan 3sudu warna a ditengah2 adunan karemel td. kemudian masukkan 3 sudu warna b ditengah2 warna a, dan 3 sudu  warna c ditengah2 warna b. kemudian ulang langkah ini dengan warna a, b, dan c sehingga adunan sehingga 3/4 adunan.

ulang langkah diatas dengan memasukkan adunan sebnyak 2 sudu.

akhir adunan dengan 1 sudu.. dont get it?? hhuhuhu
xpe, dia lebeh kurang macam video kat bawah ni la.. =)




time for baking!! 

-kaedah yang digunakan adalah kaedah steam bath. macamana? 
macamni; by kak ita masam manis

"tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek td.

Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.

Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.

Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.

Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.

Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk."

untuk kepastian, bleh laaa pegi blog kak ita! konpem faham =) kek karemel by kak ita =)

take note!
-pastikan proses mengasingkan putih telur dan kuning dilakukan dengan cermat. jgn ade sedikitpn kuning telur kedalam putih telur anda
-pastikan proses membuat bahan kek C (putih telur) xde sedikit pn air.
-saiz telur anda pn mempengaruhi. kalau saiz telur kecil, pandai2 laa nak tambah sbijik lg telur.. hehehe

tarang!!! ni 1st try tau uollss.. =)

dan!! cake ni mmg sedap!!! fluffy dan tak manis sngat!!! sedap sedap sedap!!!! tq lagi kak ita!!!! wuuu